Notis Privasi
Casio Computer Co., Ltd., sebuah syarikat Jepun dengan pejabat berdaftar terletak di 6-2, Hon-machi 1 chome, Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Jepun, dan Casio Malaysia Sdn. Bhd., sebuah syarikat Malaysia dengan pejabat berdaftar terletak di Unit 20-06, Aras 20, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "Casio", atau "kami") amat mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) menjelaskan bagaimana Casio memproses dan melindungi Data Peribadi anda (seperti yang dijelaskan di bawah) yang dikumpul, dizahirkan, atau diproses oleh/untuk kami apabila anda menggunakan perkhidmatan kami melalui laman web “Casio Teacher Members” (“Perkhidmatan”).
Notis Privasi ini hanya dipakai untuk pemprosesan Data Peribadi anda yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan. Notis Privasi ini tidak akan dipakai kepada penggunaan CASIO ID (“CASIO ID”), iaitu sebuah akaun yang diberi oleh Casio kepada para pengguna, untuk menyimpan dan menguruskan data induk secara terpusat, dan untuk digunakan oleh seseorang untuk mengakses pelbagai perkhidmatan CASIO atau kunci aplikasi lain secara eksklusif dan/atau aplikasi lain yang disediakan oleh Casio. Perkhidmatan lain tersebut adalah tertakluk kepada polisi privasi yang lain. Oleh itu, apabila anda menggunakan CASIO ID dan Perkhidmatan pada masa yang sama, kenyataan privasi untuk CASIO ID (URL: https://auth.casio-intl.com/casio_contents/terms/1/MYS/privacynotice.html) dan Notis Privasi ini akan terpakai kepada anda.
Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud mana-mana maklumat dalam kawalan atau pegangan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu tersebut yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang kami miliki.
Laman web ini menggunakan kuki. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada polisi kuki kami, yang boleh didapati di sini (https://edu.casio.com/privacy/notice/en/cookiepolicy/).
Sila baca dengan teliti perkara berikut untuk memahami bagaimana kami akan mengendalikan Data Peribadi yang diberikan oleh anda melalui penggunaan Perkhidmatan ini.
- 1. Data Peribadi
-
1.1 Apabila anda menggunakan Perkhidmatan ini, kami akan mengumpul Data Peribadi anda, termasuk Data Peribadi yang diperoleh dari laman web Perkhidmatan secara berikut:
- (i)Data CASIO ID
Untuk menggunakan Perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar dan log masuk dengan akaun CASIO ID anda. Anda dikehendaki memberikan Data Peribadi anda termasuk nama, tarikh lahir, alamat e-mel, negara, dan jantina untuk pendaftaran CASIO ID anda. - (ii)Data Profil
Kami mengumpulkan dan menggunakan data profil yang diberikan oleh anda apabila anda mendaftar dengan Perkhidmatan ini, termasuk nama sekolah, jenis sekolah (awam atau swasta), dan subjek yang diuruskan. - (iii)Data Peranti
Apabila anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami melalui peranti-peranti, kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat mengenai peranti tersebut yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan (“Peranti”), termasuk pengenal peranti, nama model, dan versi OS. - (iv)Tetapan Data
Apabila anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami, kami mengumpulkan dan menggunakan data daripada tetapan Peranti anda, seperti tarikh dan masa penggunaan serta akses Perkhidmatan kami, status persetujuan mengenai privasi, akses kepada storan media Peranti anda, dan status langganan untuk perkhidmatan buletin kami.
1.2 Apabila anda menggunakan Perkhidmatan, kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan individu yang anda berikan kepada kami melalui sebarang borang yang anda hantar kepada kami, atau interaksi lain antara anda dan kami.
1.3 Teknologi atau interaksi automatik: Apabila anda berinteraksi dengan laman web kami dan menggunakan Perkhidmatan, kami mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik, termasuk alamat IP anda, nama hos, ejen pengguna, pengenalan pelayar, pengarah rujukan, dan tarikh/masa akses anda ke laman web Perkhidmatan, melalui penggunaan kuki, log pelayan, dan teknologi serupa lain. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, sila lihat Polisi Kuki kami di (https://edu.casio.com/privacy/notice/en/cookiepolicy/). Polisi Kuki tersebut merupakan sebahagian Notis Privasi ini.
- (i)Data CASIO ID
- 2. Tujuan Penggunaan
-
2.1 Kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut (“Tujuan”):
- (A)Tujuan Yang Diperlukan
Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut yang wajib untuk memberikan Perkhidmatan kami: - (i)untuk mengesahkan identiti anda bagi memberikan Perkhidmatan kepada anda;
- (ii)untuk melaksanakan Perkhidmatan yang diminta oleh anda;
- (iii)untuk membuat kontrak dengan anda dan memberikan perkhidmatan tambahan yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami termasuk perkhidmatan sokongan pelanggan kepada anda;
- (iv)untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda;
- (v)untuk tujuan-tujuan lain yang dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai;
(keseluruhannya, “Tujuan Yang Diperlukan”). - (B)Tujuan Sukarela
Kami juga akan memproses Data Peribadi untuk tujuan berikutnya yang opsyenal, supaya kami boleh meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami: - (i)untuk kami memyesuaikan dan mengoptimumkan Perkhidmatan untuk anda serta meningkatkan kualiti pengalaman pengguna anda;
- (ii)untuk kami menjalankan penyelidikan pasaran dan/atau analisis mengenai penggunaan dan tindakan anda dalam Perkhidmatan untuk tujuan statistik, pemasaran, pembentukan profil atau tujuan-tujuan lain;
- (iii)untuk kami menilai, membangunkan dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami (termasuk Perkhidmatan), serta mempromosikan jualan mereka;
- (iv)untuk kami atau afiliasi kami menghantar soal selidik kepada anda untuk merancang dan memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan kami (termasuk Perkhidmatan);
- (v)sejauh yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, untuk membolehkan kami, afiliasi kami atau pengedar tempatan kami menghantar maklumat dan iklan (melalui pengiklanan yang disasarkan dan mesej langsung) mengenai produk dan perkhidmatan kami (termasuk Perkhidmatan yang belum anda gunakan) serta manfaat (termasuk acara khas, promosi dan kempen yang dianjurkan oleh Casio, afiliasi kami atau pengedar tempatan kami), yang mungkin menarik minat anda;
(keseluruhannya, “Tujuan Sukarela”).
2.2 Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda diproses untuk Tujuan Sukarela ini, sila hubungi kami melalui borang pertanyaan ini (URL:https://eduentry.casio-intl.com/Malaysia/s/createrecord/Inquiry_Malaysia ), Jikalau anda tidak menafikan kebenaran kepada Tujuan Sukarela ini, anda dianggap bersetuju dengan Tujuan Sukarela ini. Penafian anda untuk menggunakan Data Peribadi untuk Tujuan Sukarela tidak boleh menjadi alasan untuk kami menafikan perkhidmatan dan produk yang anda minta atau kontrak dengan kami.
2.3 Semasa penggunaan Perkhidmatan kami, Data Peribadi anda akan diproses dan disimpan oleh kami dan pihak yang disebut dalam Klausa 5 dan 6 Notis Privasi ini dalam dokumen bercetak, fail elektronik atau dalam format lain.
- (A)Tujuan Yang Diperlukan
- 3. Pengurusan Data Peribadi dan Langkah-Langkah Keselamatan
-
Kami telah melaksanakan langkah-langkah yang praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda dengan cara yang sesuai, termaksuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik, dan prosedural yang sesuai untuk menjaga dan mengelakkan pemprosesan tanpa kebenaran atau tidak sah, pemusnahan, kehilangan secara tidak sengaja, kerosakan, pengubahan, penzahiran tanpa kebenaran atau akses kepada Data Peribadi anda. Sekiranya Data Peribadi dipindahkan kepada pihak ketiga, kami akan memastikan, sejauh mana yang diperlukan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi, bahawa pihak tersebut (a) memberikan jaminan teknikal dan organisasi yang mencukupi serta mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan pematuhan langkah itu; dan/atau (b) memastikan Data Peribadi tidak diproses dengan cara yang melanggar undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai kepada kami.
Kami juga mungkin mengumpul, menggunakan, menzahirkan, memproses atau memindahkan Data Peribadi (dalam atau luar Malaysia) seperti yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai. Sebagai tambahan kepada Notis Privasi ini, sebarang pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi akan tertakluk kepada “Dasar Privasi” kami【https://world.casio.com/privacy/】, jika berkenaan. - 4. Lokasi Penyimpanan
-
Data Peribadi anda akan disimpan di pelayan yang dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan kami. Pelayan ini mungkin terletak di luar Malaysia, tertakluk kepada pematuhan undang-undang yang terpakai.
- 5. Pemindahan Data Peribadi
-
Jika Data Peribadi anda dipindahkan ke lokasi dalam atau luar negara, kami akan memastikan penerima Data Peribadi tersebut memberikan standard perlindungan Data Peribadi yang mematuhi tahap di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai. Tanpa menjejaskan keluasaan pernyataan di atas, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada afiliasi kami, Casio Singapore Pte. Ltd., di Singapura untuk menjalankan analisis pemasaran bagi pihak kami.
Dengan menerima Notis Privasi ini dan menggunakan Perkhidmatan kami, anda dianggap bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda. Namun sedemikian, anda berhak membantah pemindahan tersebut pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui cara-cara yang dinyatakan dalam Klausa 12. - 6. Penzahiran Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
-
Data Peribadi anda akan dizahirkan kepada subsidiari kami, syarikat kumpulan, pengedar, rakan perkhidmatan, pembekal perkhidmatan, subkontraktor, atau pihak lain yang diperlukan untuk melaksanakan Tujuan. Kami juga boleh menzahirkan Data Peribadi anda dalam situasi yang dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai.
- 7. Pilihan Anda
-
Pemberian Data Peribadi kepada kami adalah secara sukarela. Namun, jika anda memilih untuk tidak memberikan, menarik balik, atau mengehadkan persetujuan untuk pemprosesan Data Peribadi anda yang berkaitan dengan Tujuan Yang Diperlukan, anda mungkin tidak dapat menerima sebahagian atau keseluruhan Perkhidmatan.
- 8. Tempoh Penyimpanan
-
Data Peribadi anda akan disimpan oleh kami untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan. Selepas itu, kami akan memadam atau menganonimkan Data Pribadi anda daripada rekod dan sistem kami dalam tempoh masa yang munasabah, selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai. Kami juga boleh menyimpan Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajiban undang-undang, peraturan, cukai, atau perakaunan.
- 9. Hak Statutori Anda
-
9.1 Hak Data Peribadi anda di bawah undang-undang adalah tertakluk kepada lokasi anda dan undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai kepada hubungan antara anda dan kami, tetapi biasanya termasuk:
- (i)hak untuk mendapatkan maklumat mengenai pemprosesan Data Peribadi dan mengakses Data Peribadi;
- (ii)hak untuk meminta kami membetulkan Data Peribadi anda jika ia tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau tidak terkini;
- (iii)hak untuk meminta kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi;
- (iv)hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi oleh kami;
- (v)hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi anda;
- (vi)hak untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi yang mungkin menyebabkan kerosakan atau distres;
- (vii)hak untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi bagi maksud pemasaran langsung; dan
- (viii)hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi oleh kami.
- Kami mungkin memproses, menerima, atau menolak permintaan anda dalam situasi tertentu seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai dengan atau tanpa bayaran yang dibenarkan.
9.2 Dengan rujukan kepada hak-hak anda di bawah klausa 9.1, sila ambil perhatian bahawa anda perlu memberikan kami maklumat berikut:
- (i)nama, alamat atau cara lain untuk menghubungi balasan;
- (ii)dokumen yang membuktikan identiti anda atau identiti anda sebagai wakil pemegang Data Peribadi;
- (iii)penerangan yang jelas tentang Data Peribadi yang anda ingin menjalankan haknya dan nama hak tersebut;
- (iv)elemen atau dokumen yang memudahkan pencarian data; dan
- (v)jika anda menuntut hak pembetulan, anda mesti menunjukkan modifikasi yang diminta untuk Data Peribadi tersebut.
9.3 Kami akan memberikan maklum balas kepada permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai.
- 10. Perubahan kepada Notis Privasi ini
-
Kami memegang hak untuk membuat perubahan kepada Notis Privasi ini dengan menyiarkan perubahan tersebut di laman web kami. Perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan di laman web kami kecuali jika tarikh berkuat kuasa yang berbeza dinyatakan. Jikalau anda menggunakan Perkhidmatan dan laman web kami secara beterusan, kami akan mengaggap bahawa anda bersetuju terhadap segala perubahan kepada Notis Privasi ini.
Walau bagaimanapun, jika diwajibkan di bawah undang-undang yang terpakai, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu sebelum melaksanakan perubahan terhadap Notis Privasi ini. - 11. Bahasa Notis Privasi
-
Notis Privasi ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa Melayu, versi bahasa Inggeris akan diguna-pakai.
- 12. Cara Menghubungi Kami
-
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, atau kebimbangan mengenai Notis Privasi ini atau pengendalian Data Peribadi anda oleh kami, atau jika anda ingin menjalankan hak-hak anda di bawah undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai (termasuk permintaan untuk mengakses, mengkaji, mendapat suatu salinan, membetulkan, memadam Data Peribadi atau menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaannya, menarik balik persetujuan anda), sila hubungi kami melalui salah satu butiran hubungan berikut:
Surat biasa:
Casio Computer Co., Ltd.
6-2, Hon-machi 1 chome, Shibuya-ku
Tokyo 151-8543
Jepun
Borang pertanyaan:
https://eduentry.casio-intl.com/Malaysia/s/createrecord/Inquiry_MalaysiaCasio Malaysia Sdn. Bhd.
Unit 20-06, Level 20, Q Sentral,
2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur, MalaysiaKami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data yang bertanggungjawab untuk memastikan kami mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui:
E-mel biasa: Casio Computer Co., Ltd.
Untuk Perhatian: Pegawai Perlindungan Data
6-2, Hon-machi 1-chome, Shibuya-ku,
Tokyo 151-8543
Jepun
Alamat e-mel: dataprotection@casio.co.jp
Nombor telefon: +81-3-5334-4645E-mel biasa: Casio Malaysia Sdn. Bhd.
Untuk Perhatian: Pegawai Perlindungan Data
Unit 20-06, Level 20, Q Sentral,
2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia
Alamat e-mel: ml_dpo-cmy@casio.com.sg
Nombor telefon: +603 2742 1253
